Posts

Ciri Emosi dalam Strategi Pengurusan pembelajaran

Image
Data Kajian Soalan dan Jawapan Temubual 1.Berikan satu cabaran yang dihadapi oleh cikgu dalam memastikan pelajar menumpukan perhatian pada waktu pengajaran dan pembelajaran(P&P). Emosi pelajar menjadi cabaran untuk saya memastikan mereka menumpu perhatian pada waktu P&P. Daripada menghadapi emosi pelajar yang beraneka, pelajar mengalami gangguan emosi ialah cabaran utama bagi saya untuk mendorong mereka menumpu perhatian pada waktu P&P. Analisis soalan 1 Guru B berpendapat bahawa emosi pelajar yang menjadi cabaran untuk memastikan pelajar menumpukan perhatian pada waktu pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan gangguan emosi merupakan cabaran utama. Tidak dapat dinafikan, emosi seseorang dapat menggangu keupayaan untuk memberi fokus dalam melakukan sesuatu aktiviti. Gangguan emosi pula merupakan salah satu unsur penting yang menyebabkan pelajar tidak dapt menumpu perhatian pada waktu P&P.      Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai sat...