Data Kajian
Soalan
dan Jawapan Temubual
1.Berikan satu cabaran yang dihadapi oleh cikgu dalam
memastikan pelajar menumpukan perhatian pada waktu pengajaran dan
pembelajaran(P&P).
Emosi pelajar menjadi cabaran untuk saya memastikan
mereka menumpu perhatian pada waktu P&P. Daripada menghadapi emosi pelajar
yang beraneka, pelajar mengalami gangguan emosi ialah cabaran utama bagi saya
untuk mendorong mereka menumpu perhatian pada waktu P&P.
Analisis soalan 1
Guru B berpendapat bahawa emosi pelajar yang menjadi
cabaran untuk memastikan pelajar menumpukan perhatian pada waktu pembelajaran
dan pengajaran (P&P) dan gangguan emosi merupakan cabaran utama. Tidak
dapat dinafikan, emosi seseorang dapat menggangu keupayaan untuk memberi fokus
dalam melakukan sesuatu aktiviti. Gangguan emosi pula merupakan salah satu
unsur penting yang menyebabkan pelajar tidak dapt menumpu perhatian pada waktu
P&P.
Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi
yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan
bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat
konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada
melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Seterusnya gangguan emosi juga
dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan
mempunyai emosi yang tidak stabil. Secara ringkasnya gangguan emosi boleh
dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan
emosi murid tersebut tidak stabil.
Antara punca yang menyebabkan gangguan emosi pada pelajar
termasuklah masalah keluarga. Masalah keluarga yang menyebabkan seseorang
mengalami gangguan emosi selalunya melibatkan perubahan yang besar dan
penyesuaian dalam kehidupan murid. Contoh berlakunya penderaan, penceraian,
kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan
dan lain-lain. Peristiwa yang sedemikian akan menyebabkan emosi murid tertekan
dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah
laku seseorang. Dari segi emosi, murid akan berasa susah hati, murung, sedih,
marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi. Selain itu, pengaruh rakan
sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak.
Selain itu, kurangnya kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa kanak-kanak
juga salah satu penyebab kenapa kanak-kanak
mengalami gangguan emosi. Kasih
sayang akan menberikan impak yang besar kepada emosi kanak-kanak yang sedang
membesar yang sentiasa menginginkan tumpuan dan kasih sayang yang mencukupi.
Kasih sayang yang cukup akan membuatkan semosi kanak-kanak menjadi stabil
dan akan
membuatkan mereka menjadi sangat gembira dan selesa dalam kehidupan seharian mereka.

Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan
terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi adalah satu perkara yang
amat serius pada usia persekolahan.. Murid yang mengalami gangguan emosi harus
dibantu. Mereka tidak seharusnya dibiarkan mengalami sesuatu masalah secara
berterusan dan akhirnya akan memberikan kesan kepada perkembangan mental dan
menjejaskan pencapaian akadenmik mereka. Guru haruslah mengambil perhatian
kepada pelajar yang mengalami masalah ini dan mengambil langkah inisiatif untuk
menyelesaikannya. Walaupun kebanyakan masa mereka dihabiskan bersama guru di
sekolah, tetapi ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk menentukan
perkembangan emosi murid.
2.Bagaimanakah cara guru menangani masalah emosi guru dan
emosi pelajar?
Bagi masalah emosi guru,
saya akan melakukan aktiviti riadah dan meluahkan masalah yang saya hadapi
dengan rakan sejawat. Bagi masalah pelajar pula saya melayan mereka dengan
saksama dan membantu mereka berasa dirinya sebahagian daripada bilik darjah.
Analisis soalan 2
Untuk menangani masalah emosi guru, guru harus menguasai
kemahiran pengurusan masa. Pada masa kini, kebanyakan guru yang bekerja
menghabiskan masa ke atas tugasan yang kurang penting telah mengabaikan tanggungjawab
yang lain sehingga mereka berasa tugas mereka tidak dapat diselesaikan. Ini
secara tidak langsung akan mempengaruhi guru mengalami masalah tekanan emosi
akibat beban kerja. Oleh itu, kemahiran pengurusan masa dapat membantu
seseorang guru menumpukan kepada kerja-kerja yang penting dahulu dan
melakukannya dengan lebih bijak. Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi
akibat beban kerja boleh mempelajari kemahiran relaksasi yang dapat membantu
meredakan reaksi fizikal terhadap tekanan. Berdasarkan jawapan guru A, beliau
akan melakukan aktiviti riadah, tindakan ini adalah betul kerana aktiviti ini
dapat membantunya melepaskan stres. Dengan membuat demikian, mereka dapat
mengalih fikiran mereka terhadap kerisauan dan kebimbangan mengenai tugas serta
mendapat persepsi yang baru untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.
Jika seseorang guru itu mempunyai cara berkomunikasi yang baik dan berkesan,
maka mereka dapat mencari jalan untuk meluahkan buah fikiran dan emosinya.
Maka, dengan cara ini dapatlah seseorang guru itu mengendalikan masalah dan
tekanan emosi dengan lebih berkesan. Oleh itu, sebagai seorang guru, beliau
perlu menjalin hubungan yang baik dengan rakan sejawatnya agar dapat berkongsi
masalah yang dihadapi. Merujuk kepada jawapan guru B, beliau meluahkan masalah
yang beliau hadapi kepada rakan sejawatnya. Tindakan ini adalah rasional kerana
masalah tersebut dapat dibincangkan dengan rakan sejawat dan akan dapat
cadangan cara penyelesaian atau sokongan daripada mereka.
Dari segi emosi pelajar pula, guru boleh mengawal emosi
murid dengan membantu mereka berasa dirinya sebahagian daripada bilik darjah
seperti yang dilakukan oleh guru B. Pakar psikologi pernah mengatakan bahawa
hasrat hati manusia menjadi sebahagian daripada alam sosial den perasaan
intelektual. Oleh itu, guru perlu menggerakkan keinginan murid untuk melibatkan
diri dalam sebarang aktiviti dan suasana bilik darjah mengikut hasrat hati
mereka dan bersesuaian dengan situasi atau emosi murid pada ketika itu.
Semasa berusaha untuk membantu mengawal emosi setiap
murid, guru juga berpeluang menekankan nilai-nilai murni. Penerapan nilai-nilai
murni dapat guru laksanakan ketika memberikan penekanan kepda kepentingan
mewujudkan hubungan personal dan sosial dalam kalangan murid. Guru perlu
memberikan nasihat dan bimbingan yang sewajarnya terhadap proses interaksi
sosial yang melibatkan murid ketika melakukan aktiviti pembelajaran. Selain
itu, Guru B melayan murid-murid dengan saksama. Semua pelajar berlayak menerima
layanan yang adil dan saksama daripada guru mereka tanpa mengira latar belakang
dan prestasi dalam bidang akademik. Dengan cara ini emosi murid tidak akan
terganggu kerana mendapat layanan yang adil daripada setiap guru.
Apabila guru dapat mengawal emosi murid, maka guru dapat
menjelaskan apa yang perlu dipelajari oleh murid melalui penerangan yang jelas
dan terperinci. Maklumat yang diberikan seharusnya dikaitkan dengan pengetahuan
sedia ada murid supaya mereka bersedia menerima aktiviti pembelajran yang akan
dilaksanakan. Situasi yang sebegini akan mewujudkan kerjasama antara guru
dengan murid. Kebolehan guru mengawal emosi bilik darjah sangat penting kerana
ini akan memberikan peluang kepada murid untuk berkomunikasi dengan guru.
Perhubungan positif antara guru dengan murid di dalam bilik darjah perlu
diwujudkan supoaya pembelajaran berkesan dapat dipraktikkan. Situasi ini akan
mendorong seseorang guru mengamalkan tingkah laku yang efektif dan berkualiti
serta berupaya membentuk emosi yang stabil dalam kalangan murid.
3.Apakah cara yang digunakan oleh cikgu untuk menarik
minat/perhatian pelajar di dalam bilik pembelajaran?
Saya akan mewujudkan keadaan yang ceria sewaktu proses
P&P dijalankan untuk untuk mengelakkan anak-anak murid saya berasa bosan. Saya
juga memberi pujian dan hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dan berpatuh.
Analisis soalan 3
Suasana emosi di bilik darjah merujuk perasaan murid
terhadap guru mereka. Jenis-jenis tingkah
laku murid akan ditentukan oleh sifat dan gaya mengajar seseorang guru . Oleh yang
demikian, setiap guru seharusnya berupaya mengaplikasikan gaya pengajaran
tersebut supaya ketika mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran murid dalam
keadaan emosi yang stabil.
Seperti yang dilakukan oleh guru B, guru seharusnya
sentiasa berusaha untuk mewujudkan keadaan yang ceria dan kondusif ketika
menguruskan kelas dan melaksanakan proses pengajaran. Keadaan yang ceria dan
kondusif mempengaruhi minat dan kecergasan murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Keadaan ini secara langsung akan memberikan kesan dari segi emosi
dan perasaan yang positif.
Selain itu guru B turut memberi pujian dan hadiah kepada
murid-murid yang cemerlang dan bertingkah laku baik.Guru boleh juga memberikan
pujian kepada murid apabila mereka melakukan perbuatan yang baik, dapat
keputusan yang cemrlang mahupun siapkan sesuatu tugasan dalam masa yang
ditetapkan. Untuk ganjaran jenis ini fokuskan pada kebaikan yang murid lakukan.
Pujian boleh dilakukan samada secara sendirian ataupun yang lebih baik adalah
secara terang-terangan di depan rakan-rakan yang lain. Melalui pujian secara
tidak langsung akan menyebabkan mereka rasa dihargai. Kesan pujian ini amat
besar pengaruhnya dalam sesi pembelajaran.
Hadiah yang diberikan tidak semestinya mempunyai harga
yang mahal. Hadiah yang diberikan oleh seorang guru walaupun hanya sebiji gula,
sebatang pen sudah cukup memberi erti yang besar bagi seorang murid. Hadiah
yang berbeza boleh diberikan untuk ganjaran yang berbeza. Guru juga boleh
membeli bahan-bahan dan meminta murid-murid menyediakan hadiah mengikut
kreativiti mereka. Hadiah tersebut dikumpulkan dan akan diberikan kepada yang
layak. Cara ini lebih sesuai kerana dalam pendidikan abad ke-21 guru hanya
pemudahcara bagi murid, penglibatan murid tinggi dalam proses pembelajaran.
Dengan pujian dan hadiah yang sesuai diberi akan mempengaruhi emosi pelajar
terus berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh supaya tidak menghampakan
harapan guru-guru. Secara tidak langsung, prestasi pelajar dalam bidang
akademik akan ditingkatkan kerana wjudnya persaingan yang bersifat positif di
kalangan pelajar.
4.Manakah perwatakan guru yang sesuai untuk mengawal
pelajar di dalam bilik pembelajaran?(guru yang tegas/cikgu yang mesra) Jelaskan.
Saya rasa kedua-dua
perwatakan ini boleh diguna mengikut situasi atau perwatakan murid-murid di
dalam kelas tersebut. Guru perlu pandai berubah antara kedua-dua perwatakan
ini.
Analisis soalan 4
Setiap sesi pelajaran mempunyai kelebihan dan
kelemahannya, seronok apabila terdapat pelajar yang bersemangat serta minat
mengambil bahagian secara aktif di dalam kelas, namun murid yang tidak
berkerjasama, mengganggu dan kurang minat belajar mungkin menyukarkan sesi
pembelajaran berjalan untuk dengan lancar, seterusnya boleh menyebabkan
pelajar lain terganggu. Seperti jawapan daripada Guru B, guru perlu pandai
berubah antara perwatakan tegas dan mesra mengikut sifat-sifat pelajar.
David Hargreaves mencadangkan tiga
alternatif jenis konsep diri yang perlu ada pada seorang guru, iaitu guru
sebagai penjinak singa, guru penghibur dan guru romantik. Konsep ini adalah untuk membantu penganalisian terhadap
konsep kendiri guru dalam bilik darjah.
Guru
boleh menjadi seperti penjinak singa apabila murid-muridnya nakal dan malas.
Murid-murid ini perlu dipaksa menerima apa yang baik bagi mereka. Disiplin yang
ketat serta ujian yang kerap perlu dilakukan terhadap mereka.
Untuk
merangsang pembelajaran, guru memerlukan bahan-bahan dan penyampaian yang
menarik. Guru menjadi sebagai guru ‘penghibur’ di mana guru mengajar dengan
menggunakan alat-alat bantuan seperti audiovisual dan kaedah-kaedah berpusatkan
murid. Perwatakan guru ini sesuai digunakan terhadap semua jenis pelajar
terutamnya pelajar yang kurang minat belajar. Secara tidak langsung, perwatakan
ini turut merapatkan hubungan antara guru dengan murid.
Kepada
murid-murid yang yang berminat untuk belajar serta sentiasa berfikiran dan
bersikap positif pula, guru menjadi seorang guru yang ‘romantik’. Peranan guru
adalah sebagai fasilitator membimbing pelajar dalam sesi pegajaran dan
pembelajran. Guru turut bertindak sebagai pemantau di mana guru sering bergerak
memeriksa tugasan murid-murid.
Sekian.
AW JIE MIN
(D20191088608)
Rujukan
Comments
Post a Comment